Wednesday 30 May 2012

hacker!

Ujian dan dugaan...tibe2 pulak pagi tadi aku login FB aku macam biasa..

Email:gurlz_az89@yahoo.com (email zaman friendster)
Password:***********
Lepas aku click ENTER, berani encik pesbuk kata:
"u may entered invalid email or password"


Eh2,pandai2 pulak encik pesbuk ni tuduh aku salah masuk email n password. Actually malam tadi lagi aku cuba login,tapi tak boleh.mata aku pulak waktu tu da mcm mata org korea..da kecik dah..pagi tadi cube nasib lagi...still GAGAL.
Kenapa lah pulak ni..terus aku ngadu dgn mr lebiu.. dia pun cakap FB dia pun tadi problem nak login.. sah,someone dah hacker our FB!!! But my mr lebiu boleh login FB dia dgn jayanya coz he has backup email but i don't... yelaaaa...email FB aku tu last login tahun 2009!hahaha...memang hampeh lah..xpelah..redha je lah FB x boleh guna..Unfortunately,3 org kwn aku bbm n msg aku serentak! diaorang punya text lebih kurang mcmni:
"Weh,kau kenapa update status kat FB macam tu sekali?kalau ye pun da break,janganlah sampai malukan diri.."
Errrrr....Bile masa aku update status and bile masa pulak aku BREAK!!! Melampau2 ni...Terkejut aku lepas kawan aku send pic status aku through BBM...maluuuuuu....nasib ada sayang2 aku yang sudi tolong bagitahu bahawasanya bukan aku yang update status tu..apa yang aku risau kalau hacker tu msg atau comment tak senonoh dekat orang lain..


Ni lah status yang dibuat oleh si hacker..malu aku...btw,tu nombor lama aku..nasib hacker ni x taw no baru aku...Tq, Azza coz bagitaw aku and share this pic kat aku..love u!


To Mr/Miss Hacker, We don't know what's your problem. I don't hve any idea why you did this stupid action.If I have any wrong with u,please see me.don't do something like this.we are growing now.please be matured.dan untuk pngetahuan anda,anda mengeratkan lagi hubungan aku dgn mr lebiu...tq ye...


~dalam hati nak bercakap~:: pengajaran!pastikan anda mempunyai backup email utk make sure anda blh access semula account anda selepas di hacked.

Tuesday 29 May 2012

doakan saya!

sayang2,saje nak sharing..i will having a minor operation of cemotherapy because of my hipertrofi tonsil.. Ini disebabkan jangkitan kuman dan menyebabkan saluran pernafasan saya menjadi sempit.. (disebabkan itu saya asyik demam dan jalan tercungap2 sekarang macam orang tenat sangat..)..
harap sayang2 saya dapat mendoakan kesejahteraan serta kesihatan saya..saya nak SIHAT!! :)

~dalam hati nak bercakap~ :: Ya Allah,berikanlah kekuatan dan ketabahan pada hambaMu ini dalam menghadapi segala dugaan dan ujian yang kau berikan. Ampunilah segala dosa2ku,dosa kedua ibu bapaku,guru2ku serta semua kaum muslimin dan muslimat sama ada dosa besar atau dosa kecil mahupun dosa yg sengaja dan tidak sengaja.amin...

to mr lebiu...

okey...tadi da marah2,now nak hepi2..saya tgh mood nak bercinta now..haaaa....siapa yg mengenali Cik Ira Asri ni mesti rasa terkujat dan terkulat sebab tengok aku ni da pandai jiwangness....alaaa...bukan selalu kan..lagipun,bila kita da jumpa org yg kita sayang and cinta,semua jadi bunga2 je.nampak tikus lalu pun macam nampak macam bunga ros yg sedang mekar.. (eeeuuuwwww...)..

Kpd encik lebiu,
saya amat mencintai awak,
saya amat merindui awak,
saya amat perlukan awak...
kenapa?sebab awak cinta hati saya...
dan awak berjaya mencuri hati saya 24 jam..
saya degil,awak marah..
saya suka bagi alasan,awak marah lagi...
saya tak dengar cakap,lagi awak marah..
tapi saya sedar,awak marah sebab awak syg saya...
kalau awak tak marah,sampai bila2 saya degil..
dan awak tak jemu2 bagi nasihat...
biarlah orang keliling nampak saya terseksa..
tapi hakikatnya saya bahagia...
awak UBAH kedegilan saya dan awak UBAH kenakalan saya..
saya brsyukur Allah masih beri peluang pada saya untuk terus mngubah diri ini.
sayang,
maafkan saya atas segala kesalahan saya..
saya tak ingin dan tak mahu kehilangan awak...
saya bersabar dalam mengubah diri saya dan saya sentiasa bersabar dalam mencari kebahagiaan dalam hubungan ini...
percayalah..selain Allah dan keluarga,awak adalah penawar saya...
seringlah hadir dalam hidup saya kerana awak senyuman saya..
sayang,
saya BERJANJI akan menyayangi awak sepenuhnya,
dan saya BERJANJI akan menjaga diri ini dan diri awak utk hubungan kita...
berilah semangat dalam saya menempuhi pembelajaran 2 tahun ini...
saya BERJANJI akan menjadi pelajar yang terbaik dan menjadi lambang kebanggaan buat keluarga dan awak..
sayang,
kerjalah bersungguh2 dan saya akan sentiasa berada di sisi awak..
biarlah orang berkata apa, tapi saya sentiasa memahami awak,
dan percayakan awak..
sayang,
hati ini bukan milik saya sepenuhnya lagi,
kerana awak sudah mengambil sebahagian daripadanya,
jagalah ia sebaik2nya sebagaimana saya akan menjaga hati awak..
~everyday, i love u,dear...~

nukilan dari, ZAHIRA ASRI...

~dalam hati nak bercakap~ :: bagi yang dah termuntah baca entry ni,silakaaannn..sbb sy pun macam geli..hihi..tapi ini ikhlas dari hati saya..bagi yang tertanya2 siapa mr. lebiu saya, dia adalah orang yg saya cinta..belum tiba masanya untuk saya dedahkan (ecececeh..budget artis..)...ye... i promish,one day,i will show him to u,my sayang2..doakan kebahagiaan saya :)

backstabber :((

SEDIH.... kenapa kau JAHAT datang dan melaga2kan hubungan kami? Kami baru nak bermula tapi macam2 kau bagi.. apa kau buat dekat aku dulu sikit pun aku tak pikir dah.. bagi aku waktu tu kau tak matang lagi .. yelaa..aku pun pernah buat silap.. tapi knp sekarang kau buat lagi? memang aku x boleh berkawan rapa dgn kau lagi sejak kejadian dulu tapi aku masih anggap kau KAWAN... tapi sekarang, kau laga2kan hubungan aku yg baru nak menapak ni.. tapi Allah maha adil.. Allah beri kami peluang untuk mengetahui keadaan sebenar.. aku msg kau,cakap secara baik,tapi kau tak nak mengalah.. aku diam bukan sebab aku takut tapi aku TAKUT apa lagi yg kau rancangkan..tapi.klu kau nak tahu,kau merapatkan lagi hubungan aku dgn dia..


~dalam hati nak bercakap~ :: Ya Allah,jauhkanlah hubungan kami dari segala fitnah dan dosa dan jauhkanlah sifat dendam di dalam diriku terhadap mereka yang menganiayai aku... Kau berikanlah ketenangan di dalam hubungan ku ini.. amin...

Sunday 27 May 2012

3,2,1 action!!!


Baca tajuk je da taw ni mesti kena berlakon kannn...dulu yusof haslam pernah ajak aku berlakon jadi heroin sembilu,tapi dia tengok muka aku,terus PILU jadinya... (muka saya x boleh cari makan)..huhuhu... 
Alkisah, 26hb Mei 2012,aku terlibat dalam pertandingan LAKONAN ARAB bertempat di UiTM Segamat. Aku semangat nak masuk lakonan ni sebab siapa masuk, automatik akan dapat 9 markah for one assessment... Laju2 aku letak nama hari tu.. (kalau bab markah free, memang saya lah orangnye..wee~)... tajuk lakonan arab  group aku adalah SELAMAT HARI LAHIR...comel kannn tajuknye...weee~..

haaa....ni muka ceria before berlakon ye...peace tu menandakan keyakinan saya menghafal skrip arab.. (budgett)

meh2 aku citer sikit...aku berlakon sebagai adik..kerja aku senang je...wat2 ceria plus terencat macam seorang adik..huhu...tak sure dapat nombor berapa...KOMPEM no satu rasanya...huahahaha...meh2,bagi gambar sikit bagi korang muntah2 sikit tengok..hihi...

from left:si comel,CANOI, si pendek,ZAHIRA dan si manis,MIRA... :)

together with suhaila (nenek) dan khatijah (ayah) <3

~Dalam hati nak bercakap~ :: tq guys utk kerjasama yg bagus walaupun agak kelam kabut preparation kita... :)


Thursday 24 May 2012

government!

haaaa....topik kali ni bukan isu politik ye... mak tak minat nokkksss politik2 ni.. tapi cuma nak berongsi tentang situasi pejabat2 government di Malaysia ni.. setuju tak klu saya cakap,KEBANYAKAN (bukan semua ye..) pejabat2 government agak 'slow'.. kaunter ada 8,tapi yg bukak 3 je..sebab yang 5 lagi pergi lunch... ni lah masalah lagi satu..waktu datang ofis,klu boleh selewat mungkin,tp waktu lunch or balik,setepat2 waktu dah kluar. (saya cakap melalui pengalaman)..
Alkisahnya,tadi aku pergi POST OFFICE nak re-new lesen..adesss..hampehnya bila kaunter yg bukak 2 je drpd 8..sedangkan waktu tu adalah waktu puncak! (agak skema ayat ni). lama babe menunggu..aku sempat lah suruh kawan aku snap2 picture aku sampai kwn aku termuntah 2,3 kali..hihi...aku sebagai rakyat klu boleh nak benda2 ni ada perubahan..jgn lah sampai semua rakyat bercakap tentang benda yg sama pasal government2 office ni..contoh lain macam nurse2 dekat hospital government yg selalu marah kuat2 dekat pesakit yg blur2 (bercakap melalui pengalaman jugee).. TAPI,TAPI,TAPI, tak semua yg bekerja under government itu tidak bagus... some of my family are government worker also.. tapi diaorang bagussss!!! :) sebab tu saya pun bagus (hahaha..mesti korang tengah letak tangan dekat bahu sambil angkat2 kening2 kan baca statement aku ni)..

haaa...tengok..sume kena wat urusan dengan kaunter 1 je..ni picture x penuh ni..


takde kerja yg pertama dekat post office

takde kerja yg kedua



takde kerja ketiga (abaikan hidung kembang saya ye..:D)



muka puas bila da re-new lesen :D


~Dalam hati nak bercakap~ :: tibe2 teringat pulak encik Izhar (worker of private sector) selalu gurau2 kutuk ayah saya..sangat funny okeeyyy... :)

Wednesday 23 May 2012

sampai hati kamu,lecterur...

tonight,sangat menyayat hati (betul kot ejaan tu)... I got MC for two days since my blood pressure is too low and mual2.. (don't get wrong on my fever okey).. dijadikan cerita,semalam (22 May 2012), i've test.. Test account,okey..PENTING!!! But seriously,memang x larat... So,i decided not go since I've MC..

saje gedik2 nak tunjuk surat check-up

Aku da pesan dekat kawan aku suruh cakap dgn lecturer yg aku x boleh datang test and cannot perform well. Unfortunately,bukan lecterur aku yang jaga test semalam.So,my frend x dapat sampaikan pesanan tu.. Yup,MY MISTAKE coz aku tak call the lecterur immediately... Since aku pikir the lecterur mesti da tidoq sebab test abes pun pukul 10malam.. But, aku kol my lecterur hari ni..

ME : Assalammualaikum,sir..I'm Zahira from 4B.. I not attend your test last night since i'm not feeling well. I've a mc and surat akuan pemeriksaan..
LECTERUR : So?? For me, u can't to take the test since it'is not fair to other students.
ME : I'm begging u,sir...please... (nada da cuak gila)
LECTERUR : No.
ME : Hurmm... It's okay,sir. Assalammualaikum..
LECTERUR : Try to perform on your final.
(senang nya cakap!!!test before ni pun I'm FAILED!!macamane nak pass this paper..da start rasa akan gagal paper ni...)

~dalam hati nak cakap~:: Ya Allah,berikanlah kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi segala ujian yg kau berikan. Sesungguhnya aku hamba yang lemah dan aku memohon bantuan dariMU,ya Allah.Jauhilah aku dari perasaan marah dan dendam terhadap guruku dan ampunilah segala dosaku.amin... :'(

*kepala pusing tak pandai edit*

Tolong!!!! Haa...nampak perkataan yang berkaler merah tu?merah maksudnye KECEMASAN! adik2 manis,tolong saya mcmn nak wat box special utk my followers and sape yg saya follow? (*haissshhh...ckp mcm keling*).. box tu selalu ada dekat bahagian tepi sebaris dengan 'about me'...haaaa...paham kannn...
nak jugak letak lagu...ce ajar,ce ajar... ;)


*haaaa....ala2 mcm ni lh aku nak...CIK PUAN HUSNA,sy curi2 snap profile awak*




~dlm hati nak bercakap~::tengok blog2 org lain cantik,sy yg comot ni pun sibuk nak cantikkan blog jugak.. :D

saya budak baru merangkak

Assalammualaikum...haaa..jawab2...x jwb,dosa...x mao2... :)
suitable with my post title,sy baruuuu je dlm beberapa minit merangkak rangkak buat blog ni..haaa...kalau buruk tu,harap maap lah ye... :)
Start berniat nak blog2 ni sebab i think this is one of the place that I can sharing and my sharing will be reading by kamu2 yg baik2 dan sweet2 ni..:)
and please2,klu ada tersalah bahasa,terkasar atau ter2 yg lain,pukul2 lh saya....amboooiii...OVER taw..
meh2,sy tunjuk muka owner blog yg selekeh n comot ni... (*nk interframe jugakk...)

~ni pic konon2 panas sgt lah smpai nk bertutup2 mata..~


~budak ni suke snap pic sendiri..sbb xde sape nk amek pic dia..siaannnnn~


Haa....cukup2 lah kan....nanti termuntah pulak korang...<3